Monday, March 25, 2013

Pelarasan Gaji Untuk Pekerja Bukan Eksekutif



7 March 2013 Bilik Kenyir, Ibu Pejabat : Dato Muhamad Razif Abdul Rahman – Naib Presiden Sumber Manusia TNB telah mengumumkan pihak konsultan HAY telah dilantik untuk membuat kajian menyeluruh pelarasan gaji berdasarkan amalan pasaran pada masa kini untuk kumpulan pekerja bukan eksekutif.

Sebelum itu pada 6.3.2013 Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya ke TNB telah membuat pengumuman lebih 3000 pekerja kumpulan eksekutif akan mendapat pelarasan gaji dalam masa terdekat hasil semakan semula gaji berdasarkan pasaran semasa . Perdana Menteri turut mengumumkan kajian semula sedang dilakukan atas usaha pihak pengurusan bagi semakan semula gaji semua pekerja bukan eksekutif.

Naib Presiden Sumber Manusia TNB turut memaklumkan kajian tersebut masih diperingkat pertama dan perbincangan dengan pihak Kesatuan akan turut dilakukan dalam proses tersebut kelak.

Pengumuman tersebut telah dibuat selepas sesi taklimat pembentangan draft terakhir prosedur tatatertib TNB Edisi terbaru kepada pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB . Pihak Kesatuan akan memberikan kerjasama penuh kepada pengurusan dalam melaksanakan kajian semakan semula gaji dengan mengambilkira semua gred gaji dan jawatan di dalam skop TNBJOU.

Ahli-ahli diminta bersabar dan mendapatkan info sahih berhubung perkara ini dari Kesatuan serta mengelakkan dari menyebarkan sebarang info yang tidak tepat.

No comments:

Post a Comment