Saturday, February 18, 2012

MEMORANDUM TNBJOU PELAKSANAAN BACAAN METER BERSELANG SELI (POSTED E-BILL).




A. LATARBELAKANG

1. Bahagian Pembahagian TNB telah melaksanakan projek perintis bacaan jangka secara berselang seli untuk pengguna kuasa biasa (OPC) di TNB Kuala Lumpur Selatan mulai Januari 2009.

2. Berdasarkan kaedah yang digunakan, sebahagian pengguna OPC telah diberikan bil anggaran, diikuti dengan bil bacaan sebenar pada bulan berikutnya oleh pihak Pos Malaysia.

B. TINDAKAN PENGURUSAN BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TNB.


1. Ahli Majlis Kerja (EXCO) TNBJOU telah diberikan taklimat berhubung pelaksanaan Bi Monthly Reading oleh pihak TNB Pembahagian pada 3 Mac 2009.

2. Antara sebab-sebab yang dimaklumkan kepada Kesatuan berhubung keputusan TNB melaksanakan bacaan secara Bi Monthly Reading adalah seperti berikut:-

I. Selaras dengan polisi Syarikat membekukan pengambilan anggota kerja eksekutif dan bukan eksekutif.

II. Mengurangkan jumlah bacaan meter pengguna LPC atau OPC dalam jangkamasa panjang. LPC kaedah RMR, OPC kaedah O Bill.

III. Membantu stesen yang mempunyai Pembaca Jangka mencukupi tetapi menghadapi kesukaran untuk menyiapkan kerja bacaan meter dalam tempoh yang ditetapkan.

IV. Membantu stesen yang mempunyai Pembaca Jangka yang tidak mencukupi untuk menyiapkan kerja bacaan meter dalam tempoh yang ditetapkan.
* Lampiran slide presentation berkenaan disertakan dan dirujuk sebagai Appendix A.

C. TINDAKAN DAN KEPUTUSAN TNBJOU


1. Kesatuan telah membentang dan membincangkan cadangan pelaksanaan Bi Monthly Reading kepada Ahli Majlis Kerja (EXCO) pada tarikh yang sama (3 Mac 2009).

2. Ahli Majlis Kerja (EXCO) TNBJOU telah memutuskan menolak cadangan pelaksanaan Bi Monthly Reading berdasarkan alasan-alasan berikut:-

I. Bacaan Bacaan Jangka diseluruh TNB telah dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan kepada Pembaca Jangka tanpa sebarang rekod ‘overspill’ oleh Pembaca Jangka.

II. Pelaksanaan Bacaan Jangka secara Bi Monthly Reading hanya dilakukan di kawasan-kawasan yang mudah dibaca seperti rumah teres, flats dan kawasan Bandar. Kawasan pingiran Bandar dan luar Bandar diperuntukkan kepada Pembaca Jangka.

III. Kaedah bacaan secara Bi Monthly Reading telah menimbulkan terlalu banyak masalah kepada bahagian billing serta meningkatkan aduan dan rungutan pengguna kepada Pembaca Jangka dan Bahagian Kaunter Perkhidmatan Pelanggan TNB.

IV. Terdapat Bil-bil Bi Monthly Reading telah dikembalikan ke pejabat-pejabat TNB oleh pihak Pos Malaysia kerana kegagalan serahan dan Pembaca Jangka terpaksa melakukan tugasan serahan semula.

V. Peningkatan jumlah pengguna tidak dapat dibaca (unread customer).

VI. Struktur tariff merugikan pengguna kerana kiraan bil tidak dilakukan dengan tepat berdasarkan blok tariff yang sebenarnya untuk kiraan sebulan.

VII. Bi Monthly Reading menjejaskan pendapatan dan insentif kepada Pembaca Jangka.

VIII. Pelaksanaan Bi Monthly Reading merupakan ancaman penghapusan jawatan yang berkaitan dengan tugasan Bahagian Bacaan Jangka dimasa depan.


D. TINDAKAN SUSULAN BAHAGIAN PEMBAHAGIAN DAN TNBJOU


1. Satu perbincangan susulan telah diadakan antara Pegawai-Pegawai Utama KPPRTNB dan pihak Pembahagian berhubung keputusan yang diambil oleh Ahli Majlis Kerja (EXCO).

2. Hasil perbincangan itu pihak Kesatuan telah bersetuju mencari jalan tengah terhadap pelaksanaan Bi Monthly Reading dengan memberikan maklumbalas positif.

3. Pihak Pembahagian melalui Naib Presiden Pembahagian – Dato’ Ir. Hj. Azman Mohd telah mengeluarkan Memorandum Dasar Pelaksanaan Bacaan Jangka Berselang Seli Untuk Pengguna Kuasa Biasa dengan rujukan TNB(B)/PP&P/HEKO 16/10/4 Bhg 4 bertarikh 20 Mac 2009.


E. KANDUNGAN MEMORANDUM DASAR PELAKSANAAN BACAAN JANGKA BERSELANG SELI UNTUK PENGGUNA KUASA BIASA BERTARIKH 20 MAC 2009.

Beberapa syarat-syarat pelaksanaan Bi Monthly Reading telah dinyatakan dalam memorandum tersebut antaranya ialah :-
I. Pengurusan Kawasan hendaklah selesai menjalankan kerja-kerja kemaskini alamat-alamat premis pengguna termasuk alamat pos sebelum melaksanakan e-Bill.

II. Pelaksanaan bacaan jangka secara Bi Monthly Reading hanya dilakukan di kawasan dimana Pembaca Jangka sediada tidak berupaya menyiapkan kerja-kerja bacaan jangka untuk semua pengguna dalam tempoh sebulan tanpa mengambilkira Pembaca Jangka Kontrak (pesara) dan Pembaca Jangka yang terpaksa melakukan tugasan ringan.

III. Bilangan pengguna terlibat dengan Bi Monthly Reading diputuskan secara bersama antara Pengurus Kawasan dan Kesatuan tempatan berdasarkan Pembaca Jangka sediada tidak berupaya menyiapkan kerja bacaan untuk semua pengguna dalam tempoh sebulan.

IV. Pengurus Kawasan mengedarkan info berhubung pelaksanaan Bi Monthly Reading kepada setiap pengguna sebulan sebelum pelaksanaannya.

V. Pengurus Kawasan menguruskan latihan selama sehari dengan kerjasama Unit Sokongan Sistem, Jabatan Kewangan, Bahagian Pembahagian kepada Kerani Kaunter dan Penyelia Pembaca Jangka.
* Lampiran Memorandum dengan rujukan TNB(B)/PP&P/HEKO 16/10/4 Bhg 4 bertarikh 20 Mac 2009 disertakan dan dirujuk sebagai Appendix B.


F. STATUS TERKINI PELAKSANAAN BACAAN METER BERSELANG SELI (POSTED E-BILL).


1. Pihak Naib Presiden Pembahagian TNB telah mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan Bi Monthly Reading dengan Kesatuan pada 24 November 2010.

2. Kesatuan telah dimaklumkan beberapa perkara berdasarkan Minit Mesyuarat tersebut iaitu :-

I. Kelulusan Suruhanjaya Tenaga berhubung pelaksanaan Bi Monthly Reading telah diperolehi pada 17 September 2007.

II. Status pelaksanaan Bi Monthly Reading telah mencapai 13.22% (Sept) dan 7.78% (Okt).

III. Sasaran pihak Pembahagian adalah sebanyak 25% iaitu 15% (Dec 2010), 20% (Jan 2011), 25% (Feb 2011) dan seterusnya.

IV. Penamatan khidmat Pembaca Jangka Kontrak secara berperingkat.

V. Menghentikan bacaan meter pada hari minggu dengan sasaran peningkatan 9.84% e-Bill.

VI. Arahan supaya Pengurus Kawasan memastikan bacaan minima bagi setiap Pembaca Jangka.

VII. Sasaran 25% e-Bill mesti dicapai oleh Bahagian Pembahagian.
* Lampiran Minit Mesyuarat disertakan dan dirujuk sebagai Appendix C.

G. BANTAHAN TNBJOU

TNBJOU dengan ini, secara rasmi membantah dan menarik balik persetujuan awal yang telah diberikan terhadap tatacara pelaksanaan Bi Monthly Reading serta mendesak supaya pelaksanaannya digantung sehingga isu ini diselesaikan berdasarkan perkara-perkara berikut :-
I. Kegagalan pihak Pembahagian melaksanakan sepenuhnya syarat-syarat seperti yang terkandung dalam Memorandum Naib Presiden Pembahagian bertarikh 20 Mac 2009 sebelum melaksanakan e-Bill.

II. Perkara 4.0 - Rumusan Minit Mesyuarat bertarikh 24 November 2010 telah memesongkan beberapa fakta penting persetujuan bersyarat yang diberikan oleh Kesatuan dan mengelirukan ahli-ahli kami serta menimbulkan keresahan kepada seluruh Bahagian Bacaan Jangka.

III. Kesatuan tidak bersetuju terhadap plan pelaksanaan e-Bill pada kadar 15% (Dec 2010), 20% (Jan 2011), 25% (Feb 2011) dan seterusnya tanpa memenuhi semua syarat-syarat yang dinyatakan diambil tindakan terlebih dahulu.

IV. Pengurusan TNB hendaklah segera mengisi semua kekosongan jawatan akibat persaraan,kematian dan kesan peningkatan pengguna.

V. Pembaca Jangka sedia ada berkeupayaan untuk melakukan tugasan Bacaan Jangka.

VI. Arahan yang dikeluarkan oleh pihak Pembahagian dan kenyataan Naib Presiden Pembahagian di perjumpaan di beberapa negeri telah mengabaikan fakta sebenar persetujuan bersyarat yang diberikan oleh Kesatuan.

VII. Beberapa Pengurus Besar Negeri telah mengeluarkan arahan supaya ditingkatkan e-Bill kepada 25% secara menyeluruh tanpa mengambilkira syarat yang dinyatakan Kesatuan.

VIII. Hasil dari arahan tersebut, beberapa kawasan telah mengeluarkan arahan untuk dilaksanakan e-Bill dari 25% hingga ke 37%.

IX. Dengan nyata terdapat pihak-pihak tertentu di Bahagian Pembahagian yang telah menyalahgunakan dan memanipulasi persetujuan bersyarat yang diberikan oleh Kesatuan untuk tujuan secara lansung dan tidak lansung memberi tekanan kepada Bahagian Jangka.

X. Pengurusan TNB telah menyembunyikan fakta sebenar kepada Kesatuan mengenai kelulusan bertarikh 17 September 2007 dari Suruhanjaya Tenaga berhubung pelaksanaan Bi Monthly Billing diperingkat awal projek perintisnya.

XI. Imej dan kredibiliti kepimpinan TNBJOU telah terjejas dan dipersoalkan oleh ahli-ahli dengan tindakan-tindakan provokatif yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Pembahagian.

XII. Janji Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kepada Kesatuan semasa penyelesaian isu insentif Bacaan Jangka iaitu ‘Pendapatan Pembaca Jangka tidak terjejas dan masa depan Pembaca Jangka dijamin’ telah dengan jelas dilanggar oleh pihak pengurusan TNB melalui perancangan dan pelaksanaan e-Bill.

TNBJOU dengan ini menuntut Y.Bhg Dato’ Sri dan Pengurusan TNB dapat segera menyelesaikan isu ini demi memelihara Keharmonian Perhubungan Perusahaan di TNB. Sebarang tindakan selanjutnya dari Kesatuan berhubung isu ini adalah tertakluk kepada tempoh masa dan caramana isu ini segera diselesaikan .

Perhatian dan tindakan awal oleh Y.Bhg Dato’ Sri dan Pengurusan TNB terhadap isu ini amatlah dihargai.

Sekian Terima Kasih.


Mohd Roszeli Majid
Presiden
TNBJOU

s.k
- Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad.
- Naib Presiden Sumber Manusia Tenaga Nasional Berhad.
- Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan Tenaga Nasional Berhad.
- Ahli Majlis Kerja TNBJOU (EXCO).
- Setiausaha Kesatuan Dan Persatuan Tenaga Nasional Berhad

2 comments:

  1. Salam tuan besar..

    ada tak pengiraan dari segi kos?
    mana yang lagi jimat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah nilai penjimatan itu lebih utama berbanding keruntuhan nilai perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna bekalan elektrik yang dahagakan service terbaik dari syarikat monopoli elektrik...

      Delete