Tuesday, August 3, 2010

PROSES RAYUAN KUP 2010

Mesyuarat Majlis Perundingan Bersama Peringkat Korporat (JCC Corporate) yang diadakan antara TNBJOU dan Bahagian Sumber Manusia Kumpulan telah memutuskan Proses Rayuan Untuk Kenaikan Pangkat KUP akan diadakan dalam masa terdekat. VPHR Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman dalam mesyuarat JCC Peringkat Korporat pada 2 Ogos 2010 telah memaklumkan surat makluman untuk anggota kerja yang berjaya ditawarkan kenaikan pangkat KUP telah dikeluarkan baru-baru ini. Sehubungan itu seramai 149 (67%) pekerja (PS & PP) yang berusia 50 tahun dan keatas serta 74 (33%) pekerja berusia di bawah 50 tahun telah diluluskan kenaikan pangkat secara KUP.

Pihak Sumber Manusia Kumpulan TNB akan mengedarkan Format BORANG RAYUAN RASMI KUP untuk diisi oleh pekerja-pekerja yang gagal dalam proses kenaikan KUP dan ingin membuat rayuan.Borang ini difahamkan akan dipaparkan dalam LIVEWIRE TNB. Edaran borang ini adalah untuk menyeragamkan format rayuan kepada pekerja-pekerja yang berhasrat membuat rayuan KUP. Semua ahli TNBJOU yang telah memajukan borang rayuan (yang diedarkan Kesatuan pada masa lepas) adalah diWAJIBKAN mengisi BORANG RAYUAN RASMI KUP yang akan dikeluarkan oleh TNB dalam masa terdekat.

Semua borang Rayuan rasmi yang telah dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia Kumpulan kelak akan disemak dan disaring sebelum proses temubual dilakukan. Kerjasama semua Pegawai Kesatuan Cawangan untuk menghebahkan makluman ini kepada semua ahli-ahli amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment