Wednesday, May 26, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGONG TIGA TAHUNAN TNBJOU PENGGAL 2010-2013 ...




















SYABAS DAN TAHNIAH! Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan TNBJOU untuk Penggal 2010-2013 berjalan dengan lancar. Setakat 27 Mei 2010 sebanyak 21 Cawangan telah selesai menjalankan mesyuarat dan Pemilihan Pegawai-Pegawai Peringkat Cawangan.Cawangan Kota Bahru merupakan Cawangan terakhir yang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan pada 30 Mei 2010. Pemilihan Pegawai-Pegawai Peringkat Cawangan untuk Penggal 2010-2013 menyaksikan ramai calun-calun pemimpin Wanita mula mendominasi jawatan EXCO dan Jawatankuasa di cawangan-cawangan yang ada. Hampir semua cawangan kini memiliki aset kepimpinan wanita dalam menerajui perjuangan Kesatuan Sekerja. Ini memberikan petanda baik terhadap penglibatan wanita dalam pergerakan Kesatuan Sekerja terutamanya di TNBJOU. Sememangnya TNBJOU sejak sekian lama ketandusan pemimpin Wanita dan amat memerlukan sumbangan Wanita dalam kepimpinan bagi mengharungi cabaran masa depan.

TNBJOU juga dalam usaha untuk membentuk Jawatankuasa Wanita, Belia/Beliawanis untuk menyediakan kepimpinan pelapis bagi mengisi ruang kepimpinan yang semakin kritikal di peringkat Nasional dan Cawangan.

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan Penggal 2010-2013 juga bertanggungjawab memutuskan pencalunan untuk jawatan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU. Pengundian untuk jawatan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU dijadualkan akan dijalankan pada bulan Julai 2010 apabila semua calun yang dicadangkan dalam Mesyuarat Agung Cawangan mengesahkan penerimaan pencalunan mereka.

Ahli-ahli diminta membuat pemilihan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU untuk Penggal 2010-2013 dengan mengutamakan kepentingan Kesatuan dalam mengharungi cabaran masa depan yang dijangkakan lebih getir dalam mempertahankan hak-hak ahli.Setiap pertandingan dalam pemilihan Pegawai-Pegawai di Peringkat Cawangan dan Nasional perlu dilihat dari sudut memakmurkan prinsip demokrasi sesuai dengan prinsip asal Kesatuan Sekerja. Ahli-ahli diminta kembali bersatu dan mengelakkan perpecahan selepas selesai semua proses pemilihan Pegawai-Pegawai Kesatuan. Pemilihan Pegawai Kesatuan perlu diterjemahkan sebagai elemen untuk memperkukuhkan TNBJOU pada masa depan.

No comments:

Post a Comment