Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KESATUAN/PERSATUAN BERSAMA PERDANA MENTERI YANG AMAT BERMAKNA!

8 Sept 2009,Putrajaya: Seramai 45 Pemimpin Utama Kesatuan/
Persatuan TNB yang terdiri dari TNBJOU,KPPPTNB,PETNB Dan PERUNIKA telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia dan Y.A Bhg Datin Sri Rosmah Mansor di Putrajaya.

Sdr Abdul Shukor Hassan selaku Y.D.P PETNB yang juga merupakan Timbalan Presiden Gabungan Kesatuan GLC telah diberi penghormatan mewakili Kesatuan/
Persatuan TNB untuk berbuka puasa di meja utama tetamu bersama dengan Perdana Menteri, Presiden MTUC dan Presiden Cuepecs.

Pemimpin Kesatuan/Persatuan TNB
dengan diketuai Presiden Gabungan Kesatuan GLC-Tn Hj Shafie B.P Mammal seterusnya telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung kandungan resolusi yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Perwakilan Gabungan Kesatuan GLC.

Keprihatinan Perdana Menteri terhadap Kesatuan/Persatuan TNB terbukti apabila dengan sepontan menyebut 'TNB' ketika didatangi oleh pimpinan Kesatuan/Persatuan TNB.

Perjumpaan yang penuh bermakna itu berlansung dengan mesra dan mendapat maklumbalas positif dari Perdana Menteri. Majoriti pimpinan Kesatuan/TNB merasakan Perdana Menteri amat memahami hasrat pimpinan Kesatuan/Persatuan TNB untuk bersama melaksanakan perubahan dengan mendokong konsep 1 Malaysia.

Presiden Gabungan Kesatuan GLC-
Tn Hj Shafie Mammal juga telah memaklumkan Perdana Menteri bersetuju menetapkan satu temujanji di pejabatnya untuk bertemu secara rasmi dengan semua pimpinan Gabungan dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Presiden TNBJOU - Sdr Md Zamri Yasin, Presiden KPPPTNB-Sdr Abu Husin Nikmat dan Y.D.P PERUNIKA-Sdr Nikmat Mat Seith. Pemimpin Kesatuan/
Persatuan TNB turut sama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh bersama-sama Perdana Menteri selain menikmati juadah 'moreh' yang disediakan.

Perjumpaan yang penuh bermakna ini
telah diterjemahkan oleh pemimpin
Kesatuan/Persatuan Gabungan GLC
terutamanya TNB dalam usaha
mengeratkan hubungan antara
pimpinan Kesatuan dan pemimpin
negara dalam merialisasikan matlamat
syarikat dan negara.
(pengarang memohon maaf atas
kualiti photo yang kurang memuaskan)



























3 comments:

  1. HIDUP TNB Union. PAStikan dan DAPatkan keADILan untuk orang dalaman TNB. Kembalikan TNB kepada kegemilangan zaman Tan Sri Arope dan JJ. Staff TNB tidak boleh diperlekehkan

    ReplyDelete
  2. PMS cukup benganglah aku..potong sana sini..dah penat kerjapun kena potong..bila takda sesiapa nak buat kerja..aku jugak kena buat..tapi bila nak bagi markah...hampas..bagi kat kroni je...Union kena lawanlah PMS ini..jgn buat sesuka hati aje..buang ajelah PMS yang tak adil ini...orang atas cakap macam tak serupa bikin...kita kat bawah ni...bukan besar sangat gaji?

    ReplyDelete
  3. Buang masa saja adanya PMS bukannya baik untuk semua. Dia orang guna PMS nak caturkan pembahagian keuntungan Syarikat. Konon nya PMS boleh kawal ada budget ada CRS ada telant dan macam-macam ada. Cuma semua itu dah pre determine, bagaimana serta cara mana, termasuk nak corner mana?

    HR yang mengendalikan PMS ini perlu dapat memahami serta mendalami konsep PMS terlebih dulu dan acuannya yang ada janganlah sesukahati di tokok tambah. Syarikat yg kita ikuti PMS pun sudah pasti tak buat macam TNB buat. Yg pasti orang dalam TNB yg belum sesuai mengendali PMS di amanahkan untuk membentuk PMS ikut acuan kita. Mereka ini tak mau berbincang dengan orang terdahulu dari dia dalam hal PMS.

    Jadi kalau HR mau bertanggungjawab terhadap PMS berjalan baik, carilah orang yg betul sesuai bagi mengendalikan PMS

    ReplyDelete