Saturday, August 29, 2009

TNB BAYAR BONUS SYARIKAT

TAHUN KEWANGAN 2008/2009

(0.40 BULAN GAJI POKOK)


28 Ogos 2009 Kuala Lumpur - Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB – Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman memaklumkan kepada pemimpin Kesatuan/Persatuan TNB bahawa Ahli Lembaga Pengarah TNB telah meluluskan pembayaran Bonus Syarikat tahun Kewangan 2008/2009 bersamaan dengan 0.40 bulan gaji pokok berdasarkan kepada gaji pokok yang telah dibayar pada bulan Ogos 2009 tertakluk kepada bayaran minimum sebanyak RM500.00 dan bayaran maksimum sebanyak RM2500.00. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah bagi tempoh 1 September 2008 hingga 31 Ogos 2009 (Tahun Kewangan 2008/2009) kepada semua pekerja TNB yang layak.

Bonus Syarikat ini tidak berdasarkan kepada PMS tetapi dibayar kepada semua pekerja yang layak. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah sebagai ganjaran tambahan untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja TNB supaya terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Semua pekerja tetap dan kontrak yang dilantik oleh TNB yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan dalam Tahun Kewangan 2008/2009 adalah layak dibayar Bonus Syarikat ini. Pembayaran Bonus Syarikat ini juga adalah tertakluk kepada potongan cukai pendapatan dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pembayaran Bonus Syarikat dijangka akan dapat dilakukan pada atau selepas 16 September 2009 kepada semua pekerja yang layak. TNBJOU merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli Lembaga Pengarah Dan Pengurusan TNB melalui pengumuman awal ini yang sememangnya sedang ditunggu-tunggu oleh anggota kerja .


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BERSAMA KESATUAN DAN PERSATUAN TNB 2009


Langkawi, Kedah : Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU turut serta dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang dianjurkan oleh TNB bermula dari 17 hingga 20 Ogos 2009 di hotel Bayview, Langkawi, Kedah. Selain dari TNBJOU, program tersebut turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja (KPPPTNB), Persatuan Eksekutif (PETNB) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA). Program telah dirasmikan oleh Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB – Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman. Pembentangan Kertas Kerja pertama disampaikan oleh Pengurus Besar Regional Syarikat SHELL Malaysia dan Pengurus Besar Perjawatan Sumber Manusia TNB dengan tajuk Performance Management System dan diikuti oleh Konsultan Perhubungan Perusahaan dan Pengurus Besar Hal Ehwal Dalaman (HED) dengan Kertas Kerja Prosedur Disiplin. Kesatuan dan Persatuan telah menjalankan sesi bengkel (workshop) pada hari kedua dengan melakukan percambahan fikiran (brainstorming) mengupas isu berkaitan Performance Management System dan Prosedur Disiplin TNB. Satu memorandum yang dipersetujui bersama Kesatuan dan Persatuan telah disiapkan untuk diserahkan kepada pengurusan TNB dalam masa terdekat dengan tujuan memberi input dan penambah baikan terhadap kedua-dua isu yang dibincangkan.


Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari

No comments:

Post a Comment